Blogger Layouts

letak jejak (:

Tekan sini kalau anda sedang menerjah blog niy

::~t3ngok-t3ngok~::

Friday, December 30, 2011

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

okayy . tadi saya online my 'laman buku' atau nama saintifiknya 'facebook' . saya tengok wall kawan saya . dia tengah mintak pertolongan daripada kawan-kawan macam mana nak buad solat sunat taubat nasuha . dan disini saya nak berkongsi macam mana cara untuk menunaikan solat sunat taubat nasuha . semoga semua dapat memahaminya . =)


ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

-Ikhlas ingin bertaubat
-Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
-Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
-Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
-Dikerjakan sebelum ajal tiba
-Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah.
-Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

-Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

-Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

-Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

-Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
-Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
-Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
-Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
-Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),



Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

-Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,



Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

-dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,



Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

-Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

———————————————————–

*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

Wednesday, December 28, 2011

Temuilah ayah dan ibu saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta

Aku : saya tidak layak untuk awak.


Kau : Kenapa?


Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…


Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?


Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.


Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.


Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.


Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…


Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.


Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.


Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.


Aku : Awak terlalu sempurna.


Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.


Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.


Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?


Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.
.
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).
.
Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:
“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”

Tuesday, December 27, 2011

Every husband should read this

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS:

"Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change. Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives." —

Sunday, December 25, 2011

Janji Dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?


1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”


2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.


3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”

Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).


4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.


5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”


6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.

“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.


7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden.

Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”

“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.

“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!

Nauzubillah.

Saturday, December 24, 2011

Kahwin 'sejenis' undang bala Allah

KAUM Nabi Luth ditimpa azab bencana serta penghinaan daripada Allah s.w.t kerana keingkaran serta sifat melampau mereka mengamalkan hubungan homoseksual.

Keadaan itu dilihat muncul kembali pada zaman ini selepas banyak sekali kemungkaran serta salah laku yang dilakukan golongan yang mendahulukan hawa nafsu daripada takut ditimpa azab kemurkaan Allah.

Mereka sering kali ‘melaungkan’ kecenderungan mereka itu sebagai hak asasi yang perlu dihormati dan diiktiraf. Semua itu adalah budaya kebebasan dan keterbukaan yang diamalkan di negara Barat yang tidak boleh diterima.

Apa pun alasannya, perkara itu perlu segera ditutup dan disekat. Penonjolan watak songsang itu cukup memalukan, ditambah pula golongan yang melakukan perkara itu mempunyai asas agama yang baik.

Terbaru, terdapat beberapa laporan media yang memaparkan perkahwinan sejenis yang dilakukan di negara Barat oleh pelajar Malaysia. Perbuatan itu jelas menyalahi agama, budaya dan adat masyarakat kita.

Perbuatan itu bukan saja salah daripada pandangan agama, malah menjadi kutukan kepada budaya sesebuah masyarakat bertamadun. Memang di negara Barat seperti Amerika Syarikat, perkahwinan seperti itu dibenarkan.

Golongan homoseksual diangkat dan dirai dan mereka turut berbangga mengadakan festival berskala besar-besaran seperti ‘gay pride parade’ yang menjadi titik tolak kepada perkembangan gay di seluruh dunia.

Perubahan sosial itu menyebabkan perubahan dalam struktur, bentuk dan fungsi keluarga dan masyarakat. Selain itu, perubahan sosial seperti gerakan untuk memperjuangkan hak asasi individu menyebabkan kewujudan ‘perkahwinan baru’ yang didasari gelojak hawa nafsu semata-mata.

Benarlah, apabila nafsu menguasai diri, akan hilang perasaan bersalah dan malu atas perbuatan terkutuk yang dilakukan. Namun pintu dan peluang bertaubat tidak pernah tertutup buat mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan dan meneruskan hidup berlandaskan fitrah.

Ketahuilah, tujuan Allah menciptakan manusia secara berpasang-pasangan itu untuk mereka saling berkenal-kenalan dan menikmati kehidupan sebagai pasangan terbaik dalam mengembangkan zuriat serta keturunan.

Perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu antara nikmat tertinggi Allah kurniakan kepada hamba-Nya supaya mereka dapat bersenang-senang dan dapat mengecapi bahagia bersama pasangannya.

Hakikatnya, jika perkahwinan sejenis diterima dan diamalkan dalam kehidupan, itu amat melampau! Dalam Islam, tidak dinamakan perkahwinan jika ia berlaku antara dua individu yang sama jantinanya.

Kemurungan antara kesan fizikal yang ‘terpancar’ daripada amalan perkahwinan sejenis, selain mereka menerima kesan lemahnya tenaga batin dan sentiasa dilihat kurang cergas.

Selain itu, ia pasti menjejaskan susur galur institusi kekeluargaan. Jangan disebabkan terlalu ‘melayan’ perasaan syaitan, mereka memalit kotoran menjatuhkan maruah ahli keluarga dengan kecenderungan songsang.

Adakah mereka yang mencari kepuasan daripada perbuatan yang bertentangan dengan norma kehidupan itu akan mendapat ketenangan dan kepuasan yang dicari-cari?
Sudah tentu tidak, malah ‘perkahwinan’ itu menjadi punca pupusnya zuriat manusia secara perlahan-lahan. Bagi mereka yang terbabit dengan amalan luar tabii itu, perlu diberikan bimbingan supaya mereka mengerti dan faham kesalahan yang mereka lakukan itu berdosa besar.

Allah melaknat perbuatan seks songsang hinggakan kaum dan kawasan yang mereka diami lenyap dari muka bumi ini.

Bala Allah tidak mengira sesiapa pun sama ada mereka lakukan atau tidak tetapi ia diturunkan kepada keseluruhan umat.

Lihat saja, bukti yang termaktub dalam al-Quran mengenai kisah kaum Nabi Luth yang dilenyapkan dari muka bumi ini. Kisah itu perlu dijadikan iktibar buat umat masa kini.

Dalam kisah Nabi Luth, Allah menurunkan hujan batu dan tanah liat panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegarkan ketika matahari terbit.
Islam agama lengkap yang mengajar segala urusan hidup termasuk berkaitan gender. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 36 yang bermaksud: “Dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan.”

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah menyelar golongan yang songsang iaitu lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

Abdullah bin al-Abbas berkata yang bermaksud: Rasulullah s.a.w melaknat orang lelaki yang berlagak seperti perempuan dan orang perempuan yang berlagak seperti lelaki. (Riwayat Al-Bukhari).

Perbuatan yang melampaui batas memberi kesan negatif jika tidak diberi perhatian sewajarnya memandangkan budaya itu boleh merosakkan agama, jati diri, mental, emosi, psikologi, zuriat serta nilai akal dan budi.

Jika budaya itu terus berleluasa, ia akan membuka ruang kepada hubungan yang tidak terkawal, mengagungkan seks serta penyebaran penyakit kelamin yang berbahaya.
Allah s.w.t mengingatkan manusia menjauhi amalan seks yang melampaui batas menerusi firman-Nya dalam surah Al-A’raaf, ayat 80-81 yang bermaksud: “Dan (Kami mengutus) Nabi Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, mengapa kamu melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan seorang pun sebelum kamu (di dunia ini). Sungguh, kamu melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar berkata, segelintir golongan yang mengamalkan amalan keji itu hanya mahu memuaskan nafsu semata-mata.
“Pada peringkat ini, syaitan akan mengambil peluang menggalakkan si pelaku melakukan perbuatan terkutuk itu. Selain itu, jika ada umat Islam yang terjebak dengan amalan itu, mereka sudah hilang panduan beragama.
“Perbuatan itu haram hukumnya. Malah jika mereka membenarkan perkara yang diharamkan Allah s.w.t, mereka terkeluar daripada Islam,” katanya.

Beliau berkata, di Barat perkahwinan sesama jantina dibenarkan malah diberi pengiktirafan sehingga dalam upacara perkahwinan, mereka dirai dengan meriah.
“Dalam Surah Hud ayat 89 yang bermaksud: “Wahai kaumku, janganlah pertentangan antara aku (dengan kamu), kamu tertarik berbuat dosa sehingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh, kaum Hud atau kaum Saleh. Dan kamu Luth tidak jauh daripadamu.”
“Kisah kaum Luth itu perlu sentiasa dijadikan ingatan dan pengajaran. Nabi tidak mengaku umat jika seseorang lelaki cenderung atau minat kepada lelaki,” katanya.
Katanya, penting pendidikan dari kecil dengan mempersiapkan mereka dengan didikan agama dan panduan mengenai hukum halal dan haram dalam Islam.

“Memang tepat ungkapan mencegah lebih baik daripada merawat.
“Bagi mereka yang pernah melakukan kesilapan, kembalilah bertaubat. Itulah jalan dan cara terbaik selain dampingi individu yang boleh dipercayai,” katanya.
Beliau berkata, pada zaman sekarang pelbagai cara dan saluran untuk membantu golongan yang tersasar jauh itu kembali semula ke jalan yang benar dan diredai Allah.

“Setiap individu berperanan bagi memastikan ruang dan lubang maksiat untuk golongan ini bermaharajalela disekat dan ditutup serapat-rapatnya.

“Pihak berkuasa perlu sentiasa memantau dan menyediakan undang-undang berkesan supaya golongan ini sedar kesalahan yang mereka lakukan itu mengancam institusi kekeluargaan, agama, masyarakat dan negara,” katanya.

Penolong Pengarah Pusat al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zain berkata, golongan yang ingin menikmati hidup berkeluarga bersama pasangan sejenis adalah manusia yang rapuh imannya.

“Walaupun ada yang mendapat pendidikan tinggi, dalam hati tiada jati diri sehingga hati mudah terpengaruh.

“Fikirkanlah apa yang mereka sudah lakukan ke atas keluarga yang turut menanggung perasaan malu dan kecewa atas tindakan dan keputusan yang mereka buat.

“Jika perbuatan itu tetap dilakukan, perumpamaan bukan lagi seperti menconteng arang di muka kaum keluarga tetapi ke tahap mencalit najis, malah mereka manusia tidak waras,” katanya.

Friday, December 23, 2011

Cinta Itu Nikmat Tetapi Awas

Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.

Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.

Siapa yang harus dipersalahkan?

Tepuk dada tanya Iman.

Sudah terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang rela atau suka-suka.

Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada agama yang suci.

Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.

Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri.

Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang waras.

Buktinya, ramai antara kita yang semaki terdedah dengan gejala-gejala sosial. Maruah hilang entah ke mana, malu sudah tidak bertandang, takut kepada-Nya jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang lelaki tergoda.

Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia. Lebih parah pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cubaan membunuh diri. Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka menghancurkan hidup mereka sendiri.

Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu "trend" dalam kehidupan kita. Kita lebih cenderung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.

Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.

Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita?
Ditayang-tayang, ditunjuk-tunjuk ibarat 'show case' lagaknya. Kononnya mereka sahaja yang mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah pula jatuh tergolek-golek.

Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu?

Hakikatnya, perasaan malu, mual, menyampah seperti menunjah-nunjah melihat perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta. Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Yang peliknya, ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa.

Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua-dua ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan seketika, kelak bias meruntuhkan maruah sendiri.


Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada khirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.

Jika kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu, letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang. Pastinya nafsu lebih berat daripada Iman kita.

Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?

Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul sendiri?

Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Sebenarnya dua-dua bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah. Buat apa jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi bertanggungjawab. Ini semua gara-gara cinta.

Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita. Bukan oang lain.

Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah.

Tuesday, December 20, 2011

Memilih calon : Antara Gedik Dan Realistik ?

“Faiz nak cari calon yang macam mana?” Saya bertanya sambil menghirup kopi yang masih panas. Tika suasana sejuk begini, setiap hirupan dirasakan cukup nikmat. Tambahan pula berbicara isu-isu tentang Baitul Muslim yang memerlukan fokus yang tinggi.

"Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin." Ujar Faiz dengan bersemangat sambil menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada saya.

"Wah! Serius sungguh nampaknya!" Ujar saya, tetapi hanya di dalam hati.
Saya menyambut kertas yang dihulurkan dan kemudian membukanya perlahan-lahan. Berkerut-kerut dahi saya membacanya.

1. Berkulit putih.

2. Punya lesung pipit.

3. Bertudung labuh

4. Berkaca mata

5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).

6. Berketurunan Melayu.

7. Muda dua tahun dari saya.

8. Pandai memasak.

9. Lemah lembut.

10. Punya sifat keibuan yang tinggi.

11. Pandai mengambil hati orang tua.

12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.

13. Komited dalam dakwah.

14. Rajin bertahajjud.

15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.

16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

17. Aktif bersukan.

18. Ramah-tamah.

19. Pandai memandu kereta.

20. Jangan anak sulung atau bongsu.

21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.

22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.

23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.

Saya membaca senarai itu dengan mata yang berpinar-pinar, terasa seperti mahu tersembur air kopi yang sedang dihirup. Subhanallah, di mana harus saya cari bidadari seperti ini untuk menjadi pasangan hidupnya.
Sedaya upaya saya cuba mengawal diri, menahan tawa dan mengelakkan dari raut wajah saya berubah untuk tidak mengecilkan hatinya. Perasaan terasa bercampur-baur antara lucu dan kasihan. Sungguh 'hebat' fantasi anak muda 'dakwah' ini dalam menentukan kriteria pemilihan pasangannya.

Saya menghabiskan kopi yang panas sebelum memulakan bicara. Ada sesuatu yang harus saya katakan padanya. Namun perlu berhalus agar tidak mengusik hatinya. Dalam berdepan isu begini, kadang-kadang ikhwah mudah terasa hati.

"Akhi, anta sekarang dah hafaz berapa juzuk?" Saya menukar sedikit topik perbualan.
"Errr...baru hafaz juz 30 dan 29, itupun masih ada yang tak berapa lancar." Jelasnya jujur sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sama.

"Macamana dengan kriteria yang saya bagi tu Abang Hisham, agak-agak ada tak akhawat yang seperti itu?" Tanya Faiz. Namun sekali lagi saya tidak menjawab soalannya dan bertanya lagi.

"Akhi, malam tadi anta solat tahajjud dan khatam 1 juzu' bacaan al-Quran tak?"

"Tak pula, letih sangat, malam tadi habis mesyuarat lambat sangat. Insya-Allah malam ni kami ada program Qiam bersama mad'u junior. Insya-Allah malam ni kami akan Qiam."
Saya mendengar jawapannya dengan bersahaja, kemudian bertanya lagi.

"Akhi, semalam berapa kali anta solat berjemaah di masjid?"

"Kenapa abang Hisham tanya soalan-soalan ni? Bukankah kita sedang berbincang tentang Baitul Muslim? Apa kena mengenanya?" Balas Faiz dengan wajah yang sedikit berubah dan suara yang agak sedikit keras walaupun masih cuba dikawalnya.

Jika kulitnya putih mungkin telah berubah menjadi kemerah-merahan tanda tidak puas hati. Tetapi kulit sawo matang melayu Kelantan yang diwarisi menyebabkan hanya kerutan yang kelihatan sedikit di dahi.
Saya hanya tersenyum.

"Beginilah Faiz, apa yang Faiz tulis dalam kertas tu bagus, cuma ia terlalu bagus. Abang Hisham yakin, dalam zaman sekarang ini, sepuluh bahkan seratus tahun mencari pun belum tentu Faiz akan berjumpa dengan calon seperti yang diinginkan jika semua kriteria tersebut harus dipenuhi."

"Tidak ada eh?" balas Faiz penuh persoalan. Keningnya diangkat sedikit.
"Kalaupun ada, mungkin dia dah kahwin dengan juara Imam Muda musim kedua agaknya. Hahaa"Saya menjawab sambil ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana. Dia juga kelihatan tersenyum.

"Abang Hisham tanya soalan-soalan tadi supaya Faiz tahu yang Faiz pun tak sempurna mana, jadi dalam mencari calon isteri ni, tak perlulah terlalu memilih itu dan ini, sebab kita pun bukan setaraf Imam Ghazali, dengan peserta Imam Muda yang terkeluar pada pusingan pertama pun belum tentu." Jelas saya dengan bersahaja sambil merenung tepat ke wajahnya dan memberikan senyuman yang manis.

"Habis tu, bagaimana Abang Hisham?" Tanya Faiz, wajahnya kelihatan penuh ingin tahu.
"Beginilah, ...."

"Abang Hisham akan cuba tanyakan pada isteri, kalau-kalau ada calon yang sesuai. Insya-Allah, kami akan cari calon yang terbaik untuk Faiz, tapi bukan yang sempurna. Kami akan cuba tengok kalau-kalau kriteria tersebut boleh dipenuhi, tapi untuk memenuhi 1/3 darinya pun hampir mustahil."

"Anta kena ingat akhi, walaupun berada dalam sistem tarbiah dan usrah, tetapi akhawat itu tetap manusia dan tetap seorang wanita." Saya menjelaskan.

"Ada yang rupanya cantik, tapi pengamalan agamanya mungkin agak kurang."

"Ada pula yang rupanya agak sederhana dan hafazannya cuma satu juz sahaja tapi komitmen dakwahnya baik.

"Lemah-lembutnya mungkinlah tidak selembut Asyiela Putri pelakon Upin Ipin tu, tapi tidaklah pula sekeras dan se 'brutal' Kak Ros. Haha" saya menjelaskan lagi sambil tertawa. Kemudian saya menyambung bicara.

"Tentang memasak, usah dirisaukan, asalkan dia punya keinginan untuk belajar, Insya-Allah beres semuanya. Kalau nak cari yang makan budu, orang Kelantan pun tak ramai yang makan budu. Isteri ana orang Pahang, tapi hantu budu juga. Dulu ana tak makan tempoyak, tapi lepas kahwin dengan orang Pahang, ana jadi hantu tempoyak."

"Kemudian, tentang kesihatan, orang perempuan ni, ada masa dia sihat dan ada juga masa dia akan sakit, terutamanya bila mengandung."

"Tentang menghormati orang tua dan sifat-sifat mahmudah yang lain, perkara itu boleh ditarbiah dan sebahagian dari tanggungjawab suami setelah berkahwin adalah untuk membimbing isterinya dengan sifat-sifat mulia, bukan mengharapkan cinta dari bidadari syurga yang serba sempurna."Panjang saya 'mengomel'.

"Tak mengapa Faiz, nanti abang Hisham akan carikan calon yang terbaik untuk Faiz dan semestinya kriteria yang akan abang Hisham cari adalah yang paling baik agamanya."

"Banyakkanlah berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan yang tercantik dan bukan yang sempurna segalanya dan lupa juga meminta agar Allah memudahkan segala urusan untuk membina masjid ini. Ok, Faiz?" Saya menepuk bahunya dengan mesra. Anak muda sepertinya banyak perlukan bimbingan. Bukan leteran yang akan menghancurkan perasaan.

Perbualan di atas mungkin hanya rekaan, tetapi ia adalah hasil dari pengalaman saya dan rakan-rakan dalam mengendalikan urusan Baitul Muslim para pemuda-pemudi dalam dan luar negara selama beberapa tahun.

Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.

Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.

Apabila pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda, pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya, Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Boleh sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata, punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.
Jika penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya tidak secantik dan secomel Mia Sara.

Tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah, Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.

Tentang kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih cantik di pandangan mata kita.

Akhirnya, yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.

Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.
Akhir sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.

Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah.

Sunday, December 18, 2011

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Tuesday, December 13, 2011

Gambar Koleksi Barang Peribadi Shaheizy Sam

AKTOR popular Shaheizy Sam yang mesra disapa Sam cukup bertuah kerana mempunyai kelompok peminat yang sangat menghargai kerja lakonannya. Bukan saja dia menerima pelbagai bentuk hadiah, malah undian peminat ini juga membolehkan dia bergelar Artis Paling Popular 2010.

Bagaimanapun, populariti mendadak ini tidak sama sekali melalaikan Sam untuk berbangga atau mendabik dada. Sebaliknya, kejayaan itu membuatkan dirinya lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk dan kata-kata serta merendah diri.

Minat Shaheizy Sam ?? Nak tengok ape barang peribadi beliau ?? Wait a minute . Please click this fisrt :


Okayy . Jom kita sambung bace :')


Mari kita lihat satu persatu barangan peribadinya yang merangkumi trofi anugerah, peti syiling 50 sen, koleksi barangan karakter The Joker, jam tangan dan landskap taman yang dibina dengan titik peluhnya sendiri.

Trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23)

Trofi

Sam sangat menghargai sebarang pengiktirafan yang diberikan kepadanya. Dia menganggap trofi Anugerah Yasmin Ahmad di Anugerah Skrin 2010, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) dan terbaru Pelakon Lelaki Terbaik FFM24 sebagai pengiktirafan industri atas lakonannya.

Baginya, semua orang berlakon tetapi tidak mudah untuk diiktiraf. Sementara itu, trofi Artis Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang dimenanginya, April lalu sebagai paling berharga kerana walau sehebat mana seorang pelakon itu berlakon, belum tentu individu berkenaan akan diiktiraf di mata peminat. Sebab itu, Sam sangat menghargai kesudian peminat yang sentiasa menyokong kerja seninya.


Komputer riba milil Sam


Aksesori komputer riba

Aksesori yang ditampal di atas permukaan komupter ribanya ini cukup istimewa kerana ia dihasilkan olehnya sendiri. Menurut Sam, dia menghabiskan masa selama lebih seminggu untuk melekatkan satu persatu biji batu Swarovsky itu sehingga menjadi satu corak.

Walaupun kerjanya rumit, Sam puas melihat hasilnya kerana penelitian yang ditumpukan ke atas kerja-kerja membakar gam batu itu, melekat dan menyusun satu persatu batu itu memberikan satu kepuasan. Aksesori itu sudah tiga tahun melekat pada komputer ribanya.


Landskap taman peribadi Sam


Landskap taman

Adik kepada aktres Zizie Ezzette ini mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkan landskap taman di depan rumahnya. Walaupun terpaksa berhabis sekitar RM4,000 untuk kos barang-barang dan pemasangan, Sam akui berpuas hati kerana landskap itu dibangunkan dengan titik peluhnya sendiri.

Kalau hendak tahu, landskap ini baru sahaja dibina oleh Sam ketika menghabiskan cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Dia sendiri yang melakukan kerja-kerja mengecat, memasang perabot dan memacakkan tiang lampu di taman ini.


Gitar kegemarannya

Gitar

Gitar dan muzik adalah sebahagian daripada hidup Sam. Kongsi bekas anggota kumpulan M.O.B ini, setiap perkara yang dilakukan adalah berlatarkan muzik.

Justeru itu, gitar ini boleh diumpamakan seperti teman sunyi dan ketika masa senggang pada waktu kerja. Setiap kali dia memetik gitar itu, ia seolah memberikan idea untuk menghayati watak atau filem yang dijayakannya dalam satu-satu masa. Gitar ini adalah koleksi terbarunya yang dibeli kurang sebulan yang lalu dengan harga RM1,600.

Peti syiling 50 sen

Peti syiling yang kelihatan seperti peti harta karun ini tersimpan wang syiling 50 sen yang dikumpulnya sejak setahun yang lalu. Idea untuk menyimpan syiling itu tercetus selepas dia memikirkan kepentingan untuk menabung yang tidak pernah menjadi kenyataan sejak kecil lagi.

Kata Sam, dia mengumpulkan syiling itu dengan pelbagai cara seperti menukarkan wang kertasnya di kaunter parkir dan meminta daripada keluarga dan teman-teman rapat. Malah, rakan-rakannya yang mengetahui hobi itu sering memberikan syiling 50 sen mereka kepada Sam setiap kali berkunjung ke rumah.

Sam akui, apabila syiling itu sudah terkumpul sebanyak itu, terbit pula rasa sayang kepadanya untuk menukarkannya di bank. Mungkin dia akan simpan saja syiling itu untuk dijadikan khazanah, katanya.

Koleksi memorabilia Joker

Sam sangat mengagumi karakter Joker daripada filem Batman kerana ia menyuntik idea dan semangat kepadanya dalam lakonan.

Apabila dia kebuntuan ilham untuk menghayati karakter lakonannya, Sam akan menonton DVD filem itu atau membelek-belek kemeja T, patung atau pun merenung ke arah poster karakter tersebut sebagai sumber inspirasi.

Bagi Sam, kejayaan karakter antagonis Joker itu membuktikan bahawa semua pelakon boleh menjadi pelakon yang hebat kerana aktor Heath Ledger sudah membuktikannya kepada dunia dalam filem The Dark Knight. Semua memorabilia ini dibeli sendiri oleh Sam kira-kira dua tahun lalu.


Hadiah daripada peminat

Hadiah peminat

Sam mengakui dia sangat menghargai apa sahaja barangan atau hadiah pemberian daripada para peminat. Tidak kira apa juga betuk hadiah yang diberikan kepadanya, Sam sangat tersentuh dengan keikhlasan para penyokongnya.

Kata pelakon filem Kongsi ini, peminat tiada pertalian darah dengannya tetapi sokongan dan kasih sayang yang mereka tunjukkan itu buat dia terharu. Antara beberapa hadiah pemberian peminat yang sempat dikongsikan termasuk bantal,bingkai gambar, bunga, kemeja T, alas tilam dan perhiasan kapal layar.


Koleksi cermin mata

Cermin mata

Memang banyak sungguh koleksi cermin mata yang dimiliki oleh aktor ini. Semua cermin mata ini bukan untuk melaram semata-mata tetapi setiap satunya mempunyai kuasa kanta kerana dia memang seorang yang rabun.

Cerita Sam, sebenarnya sejak kecil dia memang mengalami masalah rabun jauh. Memandangkan Sam takut untuk menggunakan kanta lekap, sebab itu dia membeli pelbagai cermin mata yang mempunyai rekaan berbeza-beza untuk disesuaikan dengan penampilannya.

Sehingga kini, dia sudah mempunyai lebih 20 unit cermin mata.



Jam Tangan

Jam tangan berjenama Jaguar ini sangat sentimental buat Sam. Apa tidaknya, ia adalah jam tangan pertama yang dibeli oleh Sam dengan wang lakonannya sendiri. Dibeli dengan harga RM1,000 di pusat beli-belah Sunway Pyramid, wang itu diperoleh daripada hasil lakonannya dalam drama bersiri 52 episod, Rumah Ayah pada 2001.

Kunci kereta

Kunci kereta terbarunya, Nissan Teana ini juga mempunyai nilai tersendiri dalam hati anak bongsu dalam keluarga ini.

Sam berkata kunci kereta ini cukup bernilai kerana ia adalah hadiah yang dimenanginya daripada ABP2010 yang lalu. Bagi Sam, hadiah kereta yang dimenanginya datang daripada undian peminat.

Ia membuatkan Sam sedar bahawa bukan semua artis berpeluang untuk mendapat pengiktirafan di hati peminat. Segala susah-payah dan pengorbanan peminat yang tidak henti-henti mengundi namanya sehingga memenangi trofi dan kereta ini tidak terbalas oleh dirinya.

“Saya selalu berasa diri ini seperti pasukan bola sepak, di mana peminat akan menyokong sepenuhnya tetapi apabila saya menang hadiah dan trofi mereka tidak dapat apa-apa pun melainkan kepuasan melihat kejayaan saya. Hakikat itu menyentuh perasaan dan membuatkan saya amat menghargai peminat,” akuinya.

->Thank sebab sudi membaca . Saye terasa nak bagi hadiah kat korang pulak . KLIK SINI :')


70 Dosa Besar Yang Wajib Kita Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara:


01 – Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan

02 – Bersaksi palsu

03 – Berjudi

04 – Bersumpah palsu dan bohong

05 – Berbohong

06 – Bergambar di baju (bila sembahyang)

07 – Perempuan pelacur

08 – Berbuat buruk terhadap yang lemah

09 – Berdebat dan memusuhi

10 – Bersifat dayus

11 – Bercakap kasar dengan orang tua

12 – Dusta atas nama Allah dan rasul-Nya

13 – Derhaka pada suami

14 – Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya

15 – Hakim derhaka

16 – Homosek (hubungan sejenis)

17 – Mengurangi timbangan

18 – Lari seorang hamba dari tuannya

19 – Lelaki menyerupai wanita

20 – Lari dari medan perang di jalan Allah

21 – Membunuh manusia

22 – Membunuh diri sendiri

23 – Mengamalkan sihir

24 – Meninggalkan sembahyang lima waktu

25 – Meninggalkan sembahyang jumaat

26 – Menderhaka kepada kedua ibu bapa

27 – Memutuskan hubungan silaturrahim

28 – Melakukan zina

29 – Makan harta anak yatim secara tidak betul

30 – Makan dari kekayaan haram

31 – Memberi dan menerima rasuah

32 – Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong

33 – Makan riba

34 – Minum arak

35 – Mencuri


penat membaca ? jom rehat kejap . tekan sini yee :') :


Haa . okayyy . kita sambung baca lagy yokkkkk ^^


36 – Merompak

37 – Melalukan kezaliman

38 – Melakukan pengkhianatan

39 – Menyebut-nyebut pemberian

40 – Mengingkari janji

41 – Memfitnah

42 – Mengutuk orang Islam

43 – Merasa aman dari kemurkaan Allah

44 – Menipu harta rampasan

45 – Melampaui batas

46 – Menuduh zina terhadap orang baik

47 – Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)

48 – Mempercayai nujum dan sihir

49 – Menjadi bapa sanggup

50 – Mencari kesalahan orang lain

51 – Menganggu orang lain

52 – Menganggu tetangga

53 – Menyakiti dan memaki orang islam

54 – Mengintip dan membuka rahsia orang

55 – Mencaci sahabat Nabi

56 – Mengurangi wasiat

57 – Mengingkari takdir

58 – Putus asa dari rahmat Allah

59 – Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat

60 – Riak dan mempamerkan diri

61 – Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain

62 – Sombong serta angkuh

63 – Sembelih untuk selain Allah

64 – Tidak mengeluarkan zakat

65 – Tidak berpuasa di bulan Ramadhan

66 – Tidak mengerjakan haji jikalau mampu

67 – Tidak istinjak selepas kencing

68 – Tidak mendengar cakap ibu bapa

69 – Tipu daya

70 – Wanita menyerupai lelaki


Jangan sekali-kali melakukan dosa-dosa di atas. Jika terlanjur cepat-cepat bertaubat sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semoga taubat kita diterima oleh Allah. Amin ya Rabbal a'lamin.

Monday, December 12, 2011

Solat JEMAAH Sentuh BAHU Ubat PELBAGAI Penyakit !!

Asalamualaikum semua pembaca2 setia . saya harap entry2 di blog ini dpt memberi sedikit sebanyak info kepada semua :') nak tenangkan fikiran ? KLIK SINI

Solat%2Bgempa%2Bbumi Solat JEMAAH Sentuh BAHU Ubat PELBAGAI Penyakit !!

Semasa saya belajar di luar negara , apabila solat berjemaah dengan pak-pak Arab atau Mat Saleh, saf akan rapat, bahu akan bersentuh, jari kaki juga akan bersentuh dengan jemaah di kiri kanan kita. Tapi, sayang di Malaysia, jarang betul nak jumpa senario begini. Kita lebih suka solat jemaah tak bersentuh bahu dan jari kaki.

Walhal Nabi Muhammad saw yang sepatutnya yang kita kasihi dan contohi suruh kita rapatkan saf bila sembahyang, Mungkin sebab banyak saf kita tak rapat, maka macam-macam kacau bilau berlaku di Malaysia sekarang ini di kalangan umat Islam.

Dari saf solat yang tak rapat, dah nampak umat Islam di Malaysia ini tak bersatu hati.

Bila kita dah tua ni, badan semakin lemah, uban makin banyak, itu semua tanda nak mati. Saya mengalami masalah tidak stabil apabila berdiri lama dalam solat, ianya berkaitan dengan sistem keseimbangan badan dalam telinga.

Kalau solat berdiri lama, rasa nak jatuh. Bila solat tarawikh kena duduk. Carilah terapi dalam internet. Antara terapinya ialah perlu ada sokongan bila berdiri, atau gerak-gerakkan kaki. Banyak pula gerak kaki, batal pula sembahyang. Alternatif lain ialah sembahyang duduk.

Jadi saya cubalah sembahyang rapat ke dinding. Alhamdulillah, tiada rasa nak jatuh lagi. Habis tu kalau tak ada dinding atau tiang macam mana ? Nak rapat ke bahu jemaah, semua jemaah kat Malaysia ni kebanyakan bahu jauh-jauh.

Akhirnya saya suruhlah anak saya solat sebelah saya, jadi lengan bahu dia rapat dengan lengan bahu saya, barulah rasa stabil.

Tulah, Nabi dah suruh rapat saf, tak nak rapat saf.

Sekarang terbukti melalui pengalaman sendiri rapat saf saya tidak hilang keseimbangan badan.

Agaknya kalau semua umat Islam di Malaysia solat jemaah rapat jari kaki dan bahu, mungkin kurang masalah mental, sakit jiwa, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain . Itu semua kuasa Allah.

Sila baca dibawah ini kajian sains, rapat saf dalam solat boleh memberikan tenaga dan memulihkan tenaga dan merawat pelbagai penyakit. Percuma tu beb, tak payah belanja ribu-ribu , makan suplemen, minum tongkat ali dan sebagainya.

JAKIM, Mufti , Pengerusi Majlis Agama Islam , ABIM, JIM, PAS tak buat promosi besar-besaran ke rapat saf masa solat, bermula jumaat ini, Jemaah Tabligh dah lama promosi rasanya.

*****************
SOLAT : KEAJAIBAN DARI SUDUT SAINS

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.

Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.

Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

http://pmiupm.net/?p=584

Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi;

Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: ” Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut” (Riwayat Abu Daud)

http://www.leewantam.com/2009/06/saf-yang-tidak-rapat-terputus-rahmat.html

SAF SEMBAHYANG JEMAAH RAPAT LURUS BUKTI MENCINTAI RASULULLAH

Kredit: Syamsul Annuar Yaacob
Sumber: http://www.bharian.com.my

MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis Rasulullah SAW ketika berdiri mendirikan solat jemaah. Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana kata itu sahih daripada mulut Rasulullah SAW.

Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.” (Hadis Riwayat Muslim)

Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda. Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda.

Anas berakta, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa.

Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali-Imran, ayat 31)

Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat serta dalam saf lurus. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah.

Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini, terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam kini.

Daripada Abu Masud, katanya: “Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan sahabat dengan menyempurnakan saf. Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan.

Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak solat bersama, tetapi tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak lurus.

Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar atau di pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua mementingkan susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang solat di dalam masjid.

Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan perpaduan Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya hilang perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.

Salam Ukhuwah..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...