Sunday, January 22, 2012
Jenis - Jenis Cinta
=> Cinta alas ialah perkara yang dilakukan sebagai loncatan untuk mendapatkan tujuan seterusnya.
=> Cinta babas ialah perkara yang dilakukan sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau perbuatan terlanjur.
=> Cinta balas ialah perkara yang diniatkan untuk sesuatu perkara yang diterimaatau diundang.
=> Cinta bas ialah perkara yang berputik dalam perjalanan jauh bila duduk bersebelahan.
=> Cinta bebas ialah perkara yang lama dipendam tapi akhirnya diluahkan.
=> Cinta belas ialah perkara yang dilakukan kerana kasihan kepada seseorang.
=> Cinta bekas ialah perkara yang ditujukan kepada orang yang patah hati atau kecewa.
=> Cinta buas ialah perkara yang dilakukan dengan gaya haiwan liar memeburu mangsa.
=> Cinta cemas ialah perkara yang dipunyai oleh orang mempunyai darah gemuruh.
Cinta ganas ialah perkara yang penuh dengan aksi dera seperti tampar, pukul dan maki.
=> Cinta gelas ialah perkara yang amat sensitif dan mudah berkecai bila ada sedikit halangan.
=> Cinta gemas ialah perkara yang berputik dalam perjalananan menuju Gemas.
=> Cinta ikhlas ialah perkara yang dilakukan tidak mengharap balasan walaupun ucapan terima kasih.
=> Cinta kandas ialah perkara yang terputus di tengah jalan terutamanya bila ada kesesakan jalan raya.
=> Cinta kapas ialah perkara yang lembut dan putih dengan tiada pertengkaran dan perselisihan.
=> Cinta kebas ialah perkara yang direbut dari orang lain biasanya dilakukan oleh kawan sendiri.
=> Cinta kelas ialah perkara yang dialami oleh pelajar sekolah dalam kelas yang sama.
=> Cinta keras ialah perkara yang tidak boleh diganggu biasanya siapa yang mengacau akan jatuh sakit.
=> Cinta kertas ialah perkara yang hanya diluahkan melalui surat dan tulisan.
=> Cinta kilas ialah perkara yang terjadi pada selayang pandang sahaja hati sudah terpikat.
=> Cinta lemas ialah perkara yang boleh membuatkan pasangan remaja menjadi lemas.
=> Cinta lepas ialah perkara yang sudah di depan mata tapi tiba-tiba hilang begitu sahaja.
=> Cinta libas ialah perkara yang diamalkan oleh kasanova umpama buaya tidak kenal mangsa.
=> Cinta likas ialah perkara yang berputik semasa melawat Likas.
=> Cinta luas ialah perkara yang dialami oleh orang yang mempunyai pilihan yang amat luas.
=> Cinta malas ialah perkara yang ditakdirkan kepada orang yang tidak sungguh bercinta.
=> Cinta mawas ialah perkara yang dilakukan dalam hutan atau semak.
=> Cinta panas ialah perkara yang disensasikan oleh media massa biasanya melibatkan orang ternama.
=> Cinta pantas ialah perkara yang terjadi pada pandangan pertama perasaan bergelora.
=> Cinta paras ialah perkara yang meletakkan rupa cantik sebagai pilihan utama.
=> Cinta pedas ialah perkara yang penuh dengan pertengkaran dan perang mulut yang hebat.
=> Cinta peras ialah ialah perkara yang dialami oleh mereka yang kecewa dengan pasangan mereka.
=> Cinta ramas ialah perkara yang terjadi bila ada kemiangan dan kegatalan melanda.
=> Cinta rimas ialah perkara yang dialami oleh pasangan yang kurang serasi bila duduk bersama.
=> Cinta ringkas ialah perkara yang diluahkan dengan hanya melalui sistem pesanan ringkas.
=> Cinta tandas ialah perkara yang dilakukan oleh mereka suka meluahkan perasaan dalam tandas.
=> Cinta tangkas ialah perkara yang hebat mengatasi cabaran dan rintangan yang mendatang.
=> Cinta waswas ialah perkara yang dialami oleh orang yang ragu terhadap kejujuran pasangannya.
Friday, January 13, 2012
Kisah Seram Benar : Ancaman Al-Masih Dajjal
Kelahiran Bayi Bermata Satu
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.
Dajal, popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang.
Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham.
Antaranya : Siapa dajal ? Di mana tempat tinggalnya ? Siapa keturunannya ? Bila dia dilahirkan ? Bagaimana rupa fizikalnya ? Bila dia akan muncul ? Dan bagaimana untuk mengelakkannya ?
Bayi ini bukan dajal. Dajjal telah wujud sejak zaman Rasulullah.
Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi.
Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.
Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.
Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.
Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad.
Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati. “Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak.
Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. “Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.
Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”
Keistimewaan Dajjal
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti.
Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan.
Antaranya :
Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.
Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah.
Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?”
Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat.
Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”
Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ? “
Nabi menjawab : “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.
Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal.
Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.
Bila Dajjal Dilahirkan ?
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai Al-Masihi Ad-Dajal.
Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antara Tamim dan al-Jassasah.
Al-Jassasah : Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.
Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.
Tamim : Siapakah kamu ?
Dajal : Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu ?
Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.
Tamim : Kami adalah orang Arab, kami sesat.
Dajal : Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah ?
Tamim : Ya.
Dajal : Sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik
Tabariah, adakah masih banyak airnya ?
Tamim : Airnya banyak lagi.
Dajal : Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.
Tamim : Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.
Dajal : Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf.
Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya ?
Tamim : Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.
Dajal : Betulkah itu ? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah Al-Masihi Ad-Dajal. Sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.
Tempat Persembunyian Dajjal
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya, : “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur)” – Riwayat Muslim.
Pulau Bermuda – tempat persembunyian dajal
Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak.
Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” – Riwayat al-Tarmizi.
Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. : “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.
Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya.
Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.
Menerusi penyelidikan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.
Air Tasik Tabariah (Sea of Galilee) semakin berkurangan
Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya ?
Cara Mengelakkan Fitnah Dajjal
Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.
Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”
Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya.
Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”
Tuesday, January 10, 2012
Hikmah Menjadi Wanita
Bersyukurlah Anda Seorang Wanita...
Kaum Hawa..
Asalnya dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasan,
bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindungi,
dekat dihati untuk dicintainya..
Mulianya seorang isteri disisi Allah..
Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
Pada keluarga,
yang tidak menghargai isteri mereka
suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim
Dia bekerja dengan Tuhan..
jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah..
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..
seluruh kebaikan suaminya,
isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya di titian Sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala tambahan ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
bersyukurlah
anda dilahirkan sebagai kaum hawa
Hina ISLAM melalui IKLAN COKE di EROPAH
Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti, yang di 'saf' belakang tu orang sebenarnye. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian seperti ini. Berkupiah jenama 'coke'.
Mula mula tengok dekat email, saya tak berapa perasan sebenarnye gambar ni adalah 'orang' sebab yang 'saf' kat belakang tu sama macam botol air yang disusun. Cantik jer. Tapi saya mula perasan bila tengok 'imam' yang dekat depan tu tengah sujud. Nampak tangan. Tergamam aku.
Perhatikan perkataan 'coca-cola'. Cuba beli satu botol coke dan koyakkan pembalut plastik dan lepas itu terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan nya akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.
Sedarlah wahai sahabat sahabat, bila kita mengucapkan kata-kata TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH, sebenarnya akidah kita dah terpesong. Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam.
Mereka sering berusaha menghancurkan ISLAM. Dan bila kita lihat balik, sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. Bangsa Yahudi tahu, mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM dengan peperangan dan mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.
Monday, January 9, 2012
10 sebab seseorang itu mendapat hidayah
Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara 10 sebab seseorang itu mendapat hidayah yang dapat disenaraikan di sini adalah seperti berikut:
1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.
2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).
3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.
5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.
7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat
atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.
9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.
10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.
Monday, January 2, 2012
Siapakah Anda
Siapakah orang yang sombong
- Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya
- Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita - cerita kebaikkan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dungu kepala otaknya
- Orang yg dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat
- Orang yg kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah
- Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil
- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta
- Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli
- Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak di endahkannya.
Siapakah orang yang sibuk
- Orang yg sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya
- Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini". sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara
- Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya
- Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin
- Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai
- Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.
Siapakah orang yang bodoh
- Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunia nya sedangkan akhiratnya di abaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
- Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang yang mundur hidupnya
- Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu
- Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saje yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi
- Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu di tipu
- Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yg paling cantik
- Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas
- Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi di himpit
- Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal
- Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah orang yang tidak berakal
- Orang yang tidak berakal adalah orang-orang yang menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dahulu mengunakan akal mereka bahawa neraka itu tempat azab dan siksa tentu mereka tidak mahu akan masuk neraka.
Subscribe to:
Posts (Atom)