Seekor anjing telah mendapat seketul tulang di taman permainan. Ia mengonggong tulang tersebut ketempat yang lebih selamat bebas dari anjing liar yang lain.
Terlalu lama mengonggong tulang, ia mula merasa dahaga. Anjing tersebut perlukan air untuk menghilangkan rasa dahaganya.
Semasa merentasi sebuah jambatan, anjing tersebut berhenti seketika dan secara kebetulan ia melihat pantulan imej dirinya sendiri di atas permukaan air tasik yang tenang.
Bagi anjing tersebut pantulan imej di permukaan air tasik adalah anjing liar yang lain. Tidak cukup seketul tulang, anjing tersebut mahu dua ketul tulang.
Sikap tamak anjing tersebut menyebabkan ia melompat masuk kedalam tasik dengan harapan ingin merampas tulang yang satu lagi dari mulut anjing yang di atas permukaan air (pantulan imej dirinya sendiri).
Akibatnya, tulang yang digonggong dalam mulutnya terlepas dan tenggelam dalam tasik. Tulang hilang, basah yang dia dapat.
Tamat
Moral cerita ini:
Anjing tamak selalu rugi.
Jangan terlalu tamak, sikit-sikit bolehlah.
Jangan buang sampah dimerata-rata tempat (tulang).
Ikat anjing anda daripada berkeliaran, nanti dia gigit orang pula.
Di bagi betis mahu paha, dibagi paha…sudah cukuppp!!!
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
No comments:
Post a Comment